Tuesday, June 10, 2014

Proses Merata & Mengapur Tanah

SELASA: 10 JUN 2014

Sebagai persediaan sebelum kami mula menabur benih, hari ni kami menjalankan aktiviti merata & mengapur tanah:

1. Mengairi Sawah
2. Menyediakan Batas
3. Meracun rumput pada batas

Mengairi Sawah








Membuat Batas




Meracun Rumput Pada Batas




Dua jenis racun kami gunakan iaitu Ecomax & Kenlly

Proses seterusnya adalah menabur benih. Dijangka akan dimulakan pada pagi Jumaat, 13 Jun 2014 ni.

Mesyuarat

ISNIN: 2 JUN 2014

Malam ni pengusaha tanah sawah di sini bermesyuarat untuk memutuskan bila tarikh sesuai untuk mula mengusahakan sawah pada musim ini. Mesyuarat ini sangat penting supaya semua petani yang terlibat dapat mengusahakan sawah secara serentak. Ini bagi memudahkan proses- proses menanam padi dari mula menabur benih sehinggalah mengetam padi nanti.

Jika petani tidak mengusahakan sawah mereka mengikut jadual, akan timbul masalah nanti. Contohnya, ada tanah sawah yang masih memerlukan air, sedangkan pada masa yang sama, tanah sawah disebelahnya sudah tidak memerlukan air.

Jika di negeri Kedah, saya lihat jadual ini diselaraskan oleh Jabatan Pertanian @ agensi- agensi tertentu. Proses penanaman padi lebih sistematik dan serentak. Nanti saya update tentang proses penanaman di Kedah.

Pada mesyuarat tersebut kami putuskan proses menabur benih dimulakan pada minggu ni sehingga 2 minggu akan datang.


ISNIN: 9 JUN 2014

Sedikit perbincangan dengan Peladang Kawasan Machang.


Tuesday, May 20, 2014

Lapang fikiran tengok sawah

Alhamdulillah, 2 - 3 hari ni hujan turun diwaktu petang. 

Semalam tengok tanah sawah dah basah. InsyaAllah lagi seminggu @ 2 minggu lagi akan mula proses ke3 iaitu menabur. 

Moga musim ni beroleh hasil yang sangat baik. InsyaAllah.






Proses 2: Membajak

KHAMIS: 15 Mei 2014

Hari ni selesai kerja- kerja membajak. Kali ni "confirm" kami akan menanam padi sebanyak 18 ekar untuk musim ni di empat tempat yang berbeza. Pertambahan sebanyak 6 ekar berbanding dengan musim lepas.

Kami amat bersyukur kerana untuk musim ni semakin ramai orang kampung yang sudi menyewakan sawah- sawah mereka kepada kami. Usaha kami pada musim lepas membuahkan hasil, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk kami usahakan tanah sawah mereka. 


Tanah sebelum dibajak




Kerja- kerja membajak sedang dijalankan







Keadaan tanah selepas selesai dibajak

Biasanya tanah sawah perlu dibajak dua kali. Tetapi memandangkan keadaan tanah yang agak baik untuk musim ni, kami ambil keputusan untuk membajak sekali sahaja. Dengan ini boleh mengurangkan kos membajak. 


Berikut adalah kos yang terlibat setakat ini untuk musim ni:

Sewa Tanah: RM 2880 (RM160 seekar x 18 ekar)
Kos Membajak: RM 2160 (RM120 seekar x 18 ekar)

Kos keseluruhan: RM 5040


Saturday, May 3, 2014

Proses 1: Bakar Jerami

SABTU: 3 Mei 2014

Alhamdulilah hari ni, bermula proses untuk menanam padi untuk musim ke 3.

Hari ni kami membakar jerami untuk sediakan tapak. 





Musim Lepas

Syukur Alhamdulillah

Musim lepas (Nov 2013 - Mac 2014), bendang yang kami usahakan mengeluarkan hasil yang sangat memberangsangkan. 



Kami usahakan tanah bendang seluas 12 ekar di 3 tapak yang berasingan. Menghasilkan padi berjumlah 24 tan. Purata hampir 2 tan seekar.

Harga padi untuk musim lalu adalah RM1200 setan. Menghasilkan pendapatan sebanyak RM28,800 semusim.

Ini kali pertama kami menggunakan benih padi yang baru, berharga RM120 seguni (25 kg). Benih biasa berharga RM35 segni. 

Walaupun harganya jauh lebih mahal, tetapi hasilnya sangat memberangsangkan. Untuk musim baru ni, sudah pasti kami akan menggunakan benih yang baru.


Musim lepas sangat mencabar kerana Musim Kemarau di penghujung musim di Kelantan. Kami terpaksa menyedut air dari sungai berdekatan menggunakan pam air.




Walaupun dengan musim kemarau kami mampu hasilkan padi dengan baik, maka untuk musim akan datang diharapkan dapat memberikan pulangan yang lebih baik kerana musim hujan akan tiba di Kelantan pada bulan Oktober nanti. InsyaAllah

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Selamat berkenalan. Saya Anuar Bin A Aziz. Berasal dari Machang, Kelantan.

Merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan (UiTM Shah Alam) dan Diploma Bangunan (UiTM Seri Iskandar).

Selepas graduate saya lebih cenderung untuk bekerja sendiri dengan berniaga & bertani. InsyaAllah saya nampak peluang yang sangat luas untuk diterokai di dalam kedua bidang- bidang ini.

2 musim yang lalu saya mengikut ayah saya mengerjakan bendang. Kini akan tiba musim baru pada bulan 6 nanti. InsyaAllah untuk musim baru ni saya akan sediakan satu Jurnal dari hari pertama proses menanam padi sehinggalah selesai menuai. Dengan jurnall ini saya boleh memahami proses menanam padi dengan lebih terpeinci untuk rujukan di masa depan.

Moga- moga dengan perkongsian saya ini nanti boleh menjadi inspirasi kepada rakan- rakan yang ingin menceburi bidang ini.

Anuar A Aziz
3 Mei 2014

Temangan, Machang, Kelantan