Tuesday, May 20, 2014

Proses 2: Membajak

KHAMIS: 15 Mei 2014

Hari ni selesai kerja- kerja membajak. Kali ni "confirm" kami akan menanam padi sebanyak 18 ekar untuk musim ni di empat tempat yang berbeza. Pertambahan sebanyak 6 ekar berbanding dengan musim lepas.

Kami amat bersyukur kerana untuk musim ni semakin ramai orang kampung yang sudi menyewakan sawah- sawah mereka kepada kami. Usaha kami pada musim lepas membuahkan hasil, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk kami usahakan tanah sawah mereka. 


Tanah sebelum dibajak




Kerja- kerja membajak sedang dijalankan







Keadaan tanah selepas selesai dibajak

Biasanya tanah sawah perlu dibajak dua kali. Tetapi memandangkan keadaan tanah yang agak baik untuk musim ni, kami ambil keputusan untuk membajak sekali sahaja. Dengan ini boleh mengurangkan kos membajak. 


Berikut adalah kos yang terlibat setakat ini untuk musim ni:

Sewa Tanah: RM 2880 (RM160 seekar x 18 ekar)
Kos Membajak: RM 2160 (RM120 seekar x 18 ekar)

Kos keseluruhan: RM 5040


No comments:

Post a Comment